www.darul-huffaz.com     Towards THE BEST TAHFIZ & SCIENCE ACADEMY IN THE WORLD

AKADEMI DARUL-HUFFAZ

International Tahfiz & Science Academy Malaysia

 

www.darul-huffaz.com

      Akademi Darul-Huffaz  TM

   INTERNATIONAL TAHFIZ-QURAN SCHOOL                                  

INSTITUSI TAHFIZ ANTARABANGSA MALAYSIA

Kajang - Putrajaya - Kuala Lumpur - Semenyih - Ipoh

 

KELEBIHAN SURAH YAASIN

Atho Bin Abi Rabaah 'Rahmatullah alaih' telah berkata bahawa beliau telah mendapati sebuah hadith  menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, " Sesiapa yang membaca Surah Yaasin di awal hari, maka hajatnya akan ditunaikan (oleh Allah s.w.t).

Sheikh Zakaria 'Rahmatullahi alaih' telah menjelaskan syarahan tentang hadith ini; "Berbagai-bagai kelebihan Yaasin telah disebutkan di dalam berbagai-bagai hadith, diantaranya ialah; Setiap sesuatu mempunyai hati, hati Al-Quran ialah Yaasin. Sesiapa yang membaca Yaasin, Allah akan menuliskan ganjaran baginya seolah-olah dia telah membaca sebanyak 10 kali khatam Al-Quran"

Dalam sebuah hadith lagi, menyatakan bahawa Allah s.w.t membacakan Surah Taha dan Surah Yaasin seribu tahun sebelum menciptakan langit dan bumi. Apabila para malaikat mendengar berita ini, mereka telah berkata, "Amat bertuahlah ummat yang akan menerima Nuzul Al-Quran, bertuahlah hati-hati mereka yang menghafaz Al-Quran dan bertuahlah lidah-lidah mereka yang membacakan Al-Quran."

Sebuah hadith lagi, "Sesiapa yang membaca Yaasin semata-mata kerana Allah s.w.t, segala dosanya yang terdahulu akan terampun, oleh itu bacalah Surah Yaasin ini  untuk orang yang telah meninggal dunia."

Menurut sebuah hadith, di dalam kitab Taurah, Surah Yaasin dinamakan sebagai mun'imah (pemberi ni'mat) kerana surah ini membawa kebaikan kepada pembacanya di dunia dan akhirat, menghindarkan penderitaan di dunia dan akhirat serta menjauhkan kedahsyatan akhirat.

Surah Yaasin juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidhoh maknanya yang meninggikan darjah mu'min dan merendahkan darjah orang kafir.

Sebuah riwayat menyatakan, Rasulullah s.a.w bersabda, "Hatiku mahu supaya Surah Yaasin berada di dalam setiap hati ummatku.". Dalam hadith yang lain pula, jika seseorang itu membaca Surah Yaasin setiap malam, dan kemudiannya mati, kematiannya dikira sebagai syahid.

Suatu hadith mafhumnya, "Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, dosanya akan diampunkan, jika dibaca ketika kelaparan, kelaparannya akan pergi. Jika dibaca ketika sesat jalan, dia akan kembali ke pangkal jalan, jika dibaca ketika hilang kenderaannya, kenderaannya akan ditemui kembali, jika dibaca kerana khuatirkan makanan tidak cukup, makanannya akan dicukupkan, jika dibaca kepada pesakit yang sedang nazak, kesakitan nazaknya akan dikurangkan, jika dibaca kepada wanita hamil yang sukar melahirkan anaknya,  kelahirannya dipermudahkan, jika dibaca kerana takutkan pemerintah dan musuh yang kejam, ketakutannya akan dihilangkan."

Dalam sebuah hadith, jika seseorang itu membaca Surah Yaasin dan Shoffat pada hari Jumaat lantas dia berdoa, doanya akan dimaqbulkan.

(Penulisan di atas adalah petikan dari Kitab Fadhail Amal karangan Sheikh Maulana Zakaria Kandahlawi 'Rahmatullahi alaih' di dalam bab Fadhail Quran, Bahagian Kedua di Hadith Yang Kedua, Kitab Fadhail Amal dikarang di dalam bahasa asalnya iaitu bahasa Urdu dan telah diterjemahkan di dalam lebih daripada 20 bahasa termasuk bahasa Melayu dan Indonesia)

KEMBALI KE LAMPIRAN SEBELUMNYA - BACK TO PREVIOUS PAGE