About us
October 20, 2020 2022-01-02 5:50About us
The Leading International Tahfiz & Science Institution In Malaysia!
Akademi Darul-Huffaz
Establishment
Akademi Darul Huffaz International Tahfiz & Science Academy ditubuhkan pada November 2007 dan mempunyai lebih 500 pelajar. Penubuhan akademi ini bertujuan melahirkan hafiz-hafiz al-Quran dalam kalangan profesional.
Mission
- Menjadikan Al-Huffaz iaitu Hafiz-Hafiz di Madrasah Tahfiz & Maahad Tahfiz Malaysia sebagai Ahli Tahfiz Al-Quran Profesional.
- Menerbitkan generasi Huffaz (Para Hafiz) Albab yang beramal dengan hafazannya dan memberi sumbangan besar kepada pemeliharaan pembangunan Ummah & Negara.
- Memantapkan penghafazan Al-Quran dengan gabungan cara Tradisi & Canggih. Diterajui oleh Para Hafiz & Profesional berpengalaman dengan metodologi yang telah diperakui amat berkesan.
- Memberi Penekanan Serius Kepada Kanak-Kanak Ke Arah Tahfiz Quran.
- Memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat setempat untuk menceburi bidang penghafazan Al-Quran.
- Melahirkan Bakat Johan Tahfiz Antarabangsa & Kebangsaan.
Vision
Melahirkan 1,000 para huffaz profesional di seluruh Malaysia dan Dunia pada tahun 2030
Motto
Menjadikan setiap umat Islam seperti AL-QURAN yang bergerak.
Recognition
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Institusi Tahfiz Profesional Malaysia, AKADEMI DARUL HUFFAZ (ADH) adalah sebuah Institusi yang diuruskan oleh Syarikat Akademi Darul-Huffaz Sendirian Berhad 100% dimiliki oleh bumiputra yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 797526-P
Jabatan Agama Islam Selangor / Wilayah Persekutuan (JAWI/JAIS)
ADH diperakui oleh JAIS – Jabatan Agama Negeri Selangor 13S (3) 6/14 dan JAWI – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI 4/01/4-009)
sebagai Pusat Tahfiz Persendirian.
Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia
ADH juga telah diperakui oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM:SL/KJG/005/1/4/01) sebagai sebuah Institusi yang menepati Piawaian Keselamatan Negara.
Kementerian Kesihatan Malaysia
ADH juga telah diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (15LSN/AGM/PKDHlgt710/11/JLD2) sebagai sebuah Institusi yang menepati Piawaian Kesihatan Negara.
Majlis Perbandaran Kajang
ADH telah mendapat kebenaran operasi sebagai premis yang berdaftar dibawah pemantauan MPKj – Majlis Perbandaran Kajang (MPKj/CL/1/106/2008).
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Jenama AKADEMI DARUL-HUFFAZ adalah berdaftar dengan Intellectual Property Division -TRADE MARK, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (08003764).
Yayasan Pendidikan Pelajar Melayu
ADH telah mendapat Sijil Penghargaan dari YPPM – Yayasan Pendidikan Pelajar Melayu (634233-H) dengan kerjasama JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) kerana berjaya mewakili MAJLIS TAHFIZ AL-QURAN 2008 Peringkat Sekolah Rendah (25 Okt 2008) sebagai Johan & Naib Johan.
PITAS - Persatuan Institusi Tahfiz Selangor
ADH adalah ahli PITAS – Persatuan Institusi Tahfiz Selangor 2009-003-074 (SEL/HL)
PERMATA - Persatuan Maahad Tahfiz Malaysia
ADH adalah ahli PERMATA – Persatuan Maahad Tahfiz Malaysia (38/10/2010)
ADH Wall of Love
What do people say about ADH?