ADH Study Journey
December 30, 2021 2022-01-02 5:51ADH Study Journey
ADH Study Journey
How does our Education for Both Worlds give an impact?
SISTEM ADH TAHFIZ DAN SAINS
Sistem kami khusus untuk pembelajaran anak bermula 4 tahun sehingga 17 tahun. Integrasi Tahfiz dan Akademi kami merupakan antara hasil inspirasi Ustaz Lokman Shazly suatu ketika dahulu. Kini menjadi realiti dan telah memberi impak kepada lebih 500 pelajar.
Sistem kami mengandungi Pembelajaran Tahfiz kaedah Deobandi yang terkenal di dunia Timur Tengah, berintegrasi dengan Pengajian Akademik mengikut silibus Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Cambridge IGCSE juga kami sediakan sebagai pengajian pilihan tambahan. Sistem ini khusus dalam membina ‘Education for Both Worlds’.
Sistem ini terbahagi kepada 3 bahagian:
- Genius Cilik Huffaz
- ADH Primary
- ADH Secondary
The Whole School Process
GENIUS CILIK HUFFAZ #1
Pengajian Tahfiz dan Akademi didedahkan kepada murid seawal 4-6 tahun. Zaman Cilik menjadi Genius Cilik Huffaz.
ADH PRIMARY #2
Cilik-cilik berumur 7-12 tahun menyambung pelajaran kepada tahap seterusnya. Pengajian ADH Primary. Bahagian ini terbahagi kepada dua subseksyen: Tahap 1 & Tahap 2.
ADH Secondary #3
Kini, mengambil langkah kecil untuk menganjak dewasa, pelajar-pelajar 13-17 tahun mengalami peringkat ADH Secondary. Mereka di awal tahap ini akan mempelajari ilmu lebih mendalam. Terbahagi kepada 2: Peringkat Rendah & Peringkat Tinggi.
ADH Wall of Love
What do people say about ADH?