Pengenalan Pengajian Tahfiz & Sains Rendah [7 – 12 tahun]
August 10, 2020 2021-12-05 20:14Pengenalan Pengajian Tahfiz & Sains Rendah [7 – 12 tahun]
Pengenalan Pengajian Tahfiz & Sains Rendah [7 – 12 tahun]
Apakah itu sistem Pengajian Tahfiz & Sains Rendah dan bagaimanakah sistem ini berfungsi?
Dalam satu petikan ayat Quran, ‘Sesungguhnya Kami (Allah) telah memudahkan Al-Quran untuk dihafal, adalah sesiapa yang ingin menghafalnya?’. Ini menunjukkan mukjizat Al-Quran bahawa ia adalah sebuah kitab yang besar namun jika mahu dihafal adalah mungkin bahkan dipermudahkan oleh Allah kepada mereka yang benar-benar ingin menghafalnya. Tak kira zaman dahulu atau sekarang, kenyataan Allah adalah sebuah fakta yang tidak akan berubah dan sesuai untuk dulu & kini.
– Ustaz Lokman Shazly
Pengenalan Pengajian Tahfiz & Sains Rendah [7 – 12 tahun]
PENGENALAN
Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah, Pengajian Tahfiz & Sains Rendah Akademi Darul Huffaz adalah sebuah program yang diinspirasikan oleh saya, Sheikh Lokman Shazly Al-Hafiz Bin Dato Seri Azlanii Zaharin, direka cipta sesuai untuk kanak-kanak lelaki & perempuan yang berusia 7 tahun hingga 12 tahun sama ada warganegara Malaysia ataupun tidak.
Kaedah Program Pengajian Tahfiz & Sains Rendah ini amat kurang kedapatannya di Malaysia. Kalau yang sudah adapun adalah untuk program pengajian tahfiz & sains menengah. Saya terpanggil untuk memberi huraian sedalam mungkin, kerana saya tahu ibubapa & penjaga amat memerlukan maklumat ini untuk membuat penialaian terhadap halatuju anak mereka yang tercinta. Saya harap sedikit penulisan saya ini dapat mengupas persoalan yang timbul di dalam hati para pembaca.
KAEDAH SAINTIFIK
Kaedah saintifik telah membuktikan bahawa kanak-kanak lebih cepat & kuat menguasai kuasa penghafazan berbanding dengan orang dewasa sebaliknya kuasa pemahaman lebih cepat & kuat dikuasai oleh orang dewasa.
Kesimpulannya, makin berusia, makin lemah kuasa hafazan tetapi makin kuat kuasa pemahaman. Kaedah ini telah difahami umum, cuma dimanakah fungsi kekuasaan penghafazan ini akan disalurkan, terpulanglah kepada ibubapa & penjaga.
SEJARAH
Sejarah telah membuktikan ramai kanak-kanak di zaman sahabat Nabi s.a.w, tabi’in dan taba’ tabi’in telah berjaya menghafaz Al-Quran di zaman kecil mereka. Antara yang masyhur ialah Imam Besar Mazhab kita, Imam Syafei ‘rahmatullahi alaih’, beliau sendiri menamatkan hafazan 30 juzu’ Al-Qurannya pada usianya masih kecil iaitu 7 tahun. Dengan sokongan padu ibubapa & penjaga serta para guru, perkara yang sama tidak mustahil untuk berlaku pada masa kita ini.
MASA KINI
Mungkin pelbagai jawapan & alasan akan diutarakan untuk membahaskan bahawa peristiwa di atas tidak mungkin berlaku sekarang kerana keadaan & zaman berbeza, hati orang-orang dulu lebih bersih dan taqwa. Mungkin betul kerana keadaan sekarang maksiat lebih berleluasa. Tetapi kalau diperhatikan sejarah, ada kekejaman yang pernah berlaku di zaman dulu yang sangat dahsyat yang tak pernah berlaku di zaman kita, sebaliknya tak mustahil ada kebaikan-kebaikan zaman sekarang boleh berlaku yang tak pernah zaman dahulu kecapi.
FAKTA AL-QURAN
Dalam satu petikan ayat Quran, ‘Sesungguhnya Kami (Allah) telah memudahkan Al-Quran untuk dihafal, adalah sesiapa yang ingin menghafalnya?’. Ini menunjukkan mukjizat Al-Quran bahawa ia adalah sebuah kitab yang besar namun jika mahu dihafal adalah mungkin bahkan dipermudahkan oleh Allah kepada mereka yang benar-benar ingin menghafalnya. Tak kira zaman dahulu atau sekarang, kenyataan Allah adalah sebuah fakta yang tidak akan berubah dan sesuai untuk dulu & kini
FAKTA KINI – TAMAT HAFAZAN 30 JUZU’ KETIKA BERUMUR 8 TAHUN
Saya telah dijodohkan dengan seorang isteri kelahiran Amerika Syarikat yang keenam-enam adik beradiknya adalah huffaz Al-Quran walhal bapanya adalah bekas pensyarah universiti tempatan dan sendiri bukanlah hafiz Al-Quran. Apa yang menariknya, saya mengenali abang-abang lelakinya sejak muda dahulu sekian lama di institusi pengajian yang sama, sebelum berkahwin lagi. Kedua-dua adik beradik lelaki ini telah dihantar oleh bapa mereka di Negara Bangladesh ketika masih kecil lagi ketika berusia 7 & 8 tahun. Abang sulung berjaya menamatkan hafazannya dalam tempoh 18 bulan tetapi adiknya berjaya menamatkan hafazan dalam tempoh 9 bulan sahaja.
Alhamdulillah kini hafazan mereka tetap tegar dalam ingatan, bukan setakat itu sahaja, mereka terus mendalami pengajian ilmiah Al-Quran sehingga penguasaan mereka di dalam Tafsir & Hadith amat baik sekali. Adik kedua juga pernah mendapat Johan Tahfiz Daerah tetapi tidak dapat diutarakan ke negeri kerana masaalah peringkat umur. Pada Ramadhan yang terkini, beliau (adik yang kedua) telah dijemput menjadi Imam Terawih di Masjid Al-Ehsan, sebuah masjid utama di Subang Jaya dan telah diberi bayaran yang begitu lumayan (RM13,000). Beliau adalah tauladan saya dan saya amat bersyukur terpilih menjadi ahli keluarganya juga.
MENGAPA TAHFIZ & SAINS RENDAH, TIDAK TAHFIZ SAHAJA?
Tentu timbul persoalan di sini, setelah membaca bab di atas, tentang kehebatan abang ipar saya, tentulah tahfiz sahaja di zaman kecil ini lebih sesuai daripada digabungkan dengan akademik sains rendah, jadi mengapa saya menggabungkan tahfiz & sains?
Di Akademi Darul Huffaz, ibubapa dibenarkan mempunyai pilihan sendiri sama ada untuk memberikan anaknya pendidikan tahfiz sahaja atau bersama akademik sains.
Dalam konteks perbezaan: [pendidikan tahfiz sahaja] dengan [pendidikan integrasi tahfiz & sains rendah], boleh diperhatikan dalam huraian di bawah;
TAHFIZ TRADISI
1. Jika hanya pendidikan tahfiz sahaja diberikan, Pakej Pengajian Intensif Tahfiz akan diberi pilihan sama ada pakej SMA: 10 jam, 4 sesi harian Isnin hingga Sabtu (anggaran 260 jam sebulan – khas untuk tahfiz sahaja) atau pakej SMB: 7.5jam 3 sesi harian Isnin hingga Sabtu (anggaran 200 jam sebulan – khas untuk tahfiz sahaja).
Pelajar ini jika;
Kategori A boleh menamatkan dalam tempoh 1 hingga 1.5 tahun
Kategori B boleh menamatkan dalam tempoh 1.5 hingga 3 tahun
Kategori C boleh menamatkan dalam tempoh 3 hingga 6 tahun
Kategori D boleh menamatkan dalam tempoh….belum tentu… kerana usaha menjadi buntu kerana merasakan anak ini tidak berkemampuan lagi, maka alternatif kedua akan di ambil iaitu memberhentikan dia untuk pergi ke jurusan / pengajian lain.
Maklumat di atas menunjukkan kita tak boleh menjamin bila dia akan tamat hafazannya, adakah setahun? 2 tahun? atau mungkin lebih 3 tahun yang mana akan menyebabkan dia ketinggalan akademik untuk tempoh-tempoh tersebut. Katakanlah si anak ini mindanya amat baik sehingga dapat menamatkan hafazannya hanya dalam tempoh setahun, dia tetap ketinggalan akademik setahun namun tidak mustahil dia boleh mengejarnya tetapi sudah tentu sukar baginya untuk masuk kelas darjah satu ketika umurnya 8 atau 9 atau 10 tahun, yang mungkin ialah dia perlu belajar secara persendirian untuk mengejar silibus yang ketinggalan yang mana bagi saya ia tidak sukar, cuma tidak ada dalam suasana kelas pengajian kerana dia belajar sendiri-sendiri, kaedah ini harus difahami ibubapa terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
1.1 Faktor berada di dalam kategori A/B/C/D juga dipengaruhi besar oleh 1.1.1) sikap peribadinya; [rajin sangat] / [rajin sangat + malas sikit] / [rajin = malas] /[rajin sikit + malas banyak] /[malas sangat].
dan
1.1.2) Suasana persekelilingannya; Disiplin ibubapa / sokongan & dorongan ibubapa / kekuatan menilai pengaruh kawan yang baik & tak baik / Komitmen guru / suasana persekitaran kelas & rumah
Bagi pandangan saya, sama ada dia di kategori A/B/C/D, saya percaya ibubapa sudah bagi yang terbaik yang mereka ada maka pasti semuanya baik. Kita hanya perlu restu dengan kurniaan Ilahi seadanya yang Allah berikan kepada kita.
TAHFIZ & SAINS RENDAH [7 – 12 Tahun]
2. Jika pendidikan tahfiz & sains diberikan, Pakej Pengajian Intensif Tahfiz juga akan diberi pilihan sama ada pakej SMA: 10 jam (3 jam akademik & 7 jam tahfiz), 4 sesi harian Isnin hingga Sabtu (anggaran 260 jam sebulan; 80 jam akademik & 180 jam untuk tahfiz) atau pakej SMB: 7.5jam (3 jam akademik & 4.5 jam tahfiz) 3 sesi harian Isnin hingga Sabtu (anggaran 200 jam sebulan; 80 jam akademik & 120 jam untuk tahfiz).
Pelajar ini jika;
Kategori A boleh menamatkan dalam tempoh 3 hingga 4 tahun
Kategori B boleh menamatkan dalam tempoh 5 hingga 6 tahun
Kategori C boleh menamatkan dalam tempoh 7 hingga 9 tahun
Kategori D boleh menamatkan dalam tempoh 10 hingga 14 tahun
Tempohnya panjang tetapi stabil dan bervisi, pelajar ini tidak khuatir yang dia akan ketinggalan akademik kerana tahun-tahun akademik tetap akan naik macam biasa. Kalau kita hitungkan bermula dari darjah satu, bermakna dalam kategori A, dia akan tamat ketika darjah 4. Dalam kategori B, dia akan tamat ketika darjah 6. Dalam kategori C, dia akan tamat ketika tingkatan 3. Dalam kategori D, dia akan tamat ketika tingkatan 5 atau Diploma tahun 3
Dengan menjadikan Program Pengajian Tahfiz & Sains Rendah sebagai pilihan, sebarang perubahan yang tidak diingini berlaku, ibubapa sudahpun ada ‘back-up’ yang kuat. Contohnya, apabila anak sudah menjangkau darjah 6, melihatkan tiada pencapaian yang baik, ibubapa mungkin ingin mengubah haluan anaknya untuk akademik semata-mata, anaknya masih ada UPSR untuk ke sekolah yang lain walaupun mungkin keputusan UPSRnya lemah. Ataupun anaknya dalam kategori A & B juga, jika ibubapa mahu melanjutkan pengajian anaknya ke sekolah yang sepenuhnya akademik, anaknya sudahpun mempunyai bekalan tahfiz dalam hati mereka, mereka akan terus berjaya di mana bidang juga yang dia ceburi!
PILIHAN PAKEJ UNTUK PENGAJIAN TAHFIZ & SAINS RENDAH
1.SM-A Berasrama (hanya untuk 10 tahun ke atas)
2.SM-A Berulang: 7.30am – 10.00pm
3.SM-B Berulang: 7.30am – 5.30pm
Akademi Darul Huffaz menawarkan 3 pilihan pakej kepada ibubapa, yang mana yang paling sesuai untuk anak mereka dan mereka sendiri. Ada beberapa faktor yang akan mempengaruhi ibubapa dalam membuat keputusan untuk anak mereka. Antaranya; masa / lokasi tempat tinggal & tempat kerja / jadual bekerja /kewangan / umur anak dsb. Kami harap dengan 3 pakej berlainan yang ditawarkan dapat disesuaikan oleh ibubapa demi memastikan anak mereka boleh belajar dengan baik.
Untuk pakej SMA Berasrama terutama di bawah 10 tahun, saya amat menekankan kepada ibubapa supaya kerap menziarahi anak, kalau boleh setiap hari di waktu rehat mereka dan saya dapati ada ibubapa yang komited sedemikian, saya dapati anak itu sentiasa mendapat perhatian ibubapa walaupun tinggal di asrama. Sebenarnya antara faktor ibubapa meletakkan anak di asrama mempunyai sebab-sebab yang tersendiri, bukan kerana mereka tidak sayangkan anak dan bukan kerana mereka tidak bertanggungjawab, bahkan saya boleh katakan secara positif mereka berkorban demi anak dengan meletakkan anak mereka di asrama demi memastikan waktu anak mereka terjaga semaksima mungkin untuk tahfiz & akademik, dan mereka juga boleh menumpukan kerjaya mereka dengan lebih fokus.
Untuk pakej SM-A Berulang 7.30am – 10.00pm, pelajar akan berulang harian datang pagi balik malam, atau yang berhampiran, mereka balik petang 5.30pm dan datang balik 7.30pm untuk sesi malam. Dengan ini mereka dapat masa yang termaksima iaitu 10 jam harian untuk pengajian.
Sementara pakej SM-B 7.30am – 5.30pm adalah pilihan utama ibu bapa untuk anak-anak. Inipun sudah lama dari awal pagi hingga lewat petang. Ia juga sesuai untuk ibubapa yang bekerja kerana sesuai menghantar sambil nak ke pejabat dan mengambil ketika pulang dari pejabat. Cuma untuk pakej ini, kami amat mengharap kerjasama ibubapa untuk memantau anak-anak di waktu malam supaya meluangkan masa untuk menghafal hafalan baru sehingga ingat untuk diperdengarkan esok pagi kepada guru tahfiz. Ini mustahak kerana jika tidak, mereka terpaksa mula menghafal pada waktu pagi ketika masuk kelas, dalam pada itu, banyak waktu mereka telah terbuang. Ada juga anak-anak yang mula menghafal selepas subuh hingga sampai ke pintu sekolah sambil perdengarkan bacaan kepada ibubapa mereka dalam kereta kerana malam hari mereka sudah letih & tidur awal dan ini juga amalan yang amat bagus
PIAWAIAN HAFAZAN TAHUN 1 HINGGA TINGKATAN 5 UNTUK PELAJAR JURUSAN TAHFIZ & SAINS ADH
Amat beruntunglah bagi ibubapa yang menghantar anak-anak mereka pada umur seawal 7 tahun untuk belajar di Akademi Darul Huffaz
Di bawah adalah piawaian hafazan yang digariskan oleh ADH yang minima dan santai tanpa sebarang tekanan disamping belajar akademik sains dan penguasaan bahasa arab
(Fakta: 1 mukasurat Al-Quran mempunyai 15 baris, 1 juz Al-Quran mempunyai 20 mukasurat)
Tahun 1: Hafazan 1 baris sehari = Setahun 1 juz (Jumlah juz terkini dihafaz: 1 juz)
Tahun 2: Hafazan 2 baris sehari = Setahun 2 juz (Jumlah juz terkini dihafaz: 3 juz)
Tahun 3: Hafazan 3 baris sehari = Setahun 3 juz (Jumlah juz terkini dihafaz: 6 juz)
Tahun 4: Hafazan 5 baris sehari = Setahun 4 juz (Jumlah juz terkini dihafaz: 10 juz)
Tahun 5: Hafazan 5 baris sehari = Setahun 4 juz (Jumlah juz terkini dihafaz: 14 juz)
Tahun 6: Hafazan 5 baris sehari = Setahun 4 juz (Jumlah juz terkini dihafaz: 18 juz)
Tingkatan 1: Hafazan 5 baris sehari = Setahun 4 juz (Jumlah juz terkini dihafaz: 22 juz)
Tingkatan 2: Hafazan 5 baris sehari = Setahun 4 juz (Jumlah juz terkini dihafaz: 26 juz)
Tingkatan 3: Hafazan 5 baris sehari = Setahun 4 juz (Jumlah juz terkini dihafaz: 30 juz)
Tingkatan 4: Pemantapan 30juz
Tingkatan 5: Pemantapan 30juz
Piawaian di atas disusun rapi bersesuaian dengan kemampuan pelajar. Jika dikira proses tahfiz dengan piawaian di atas memakan masa 9 tahun untuk tamat hafazan peringkat 1 sebanyak 30 juz Al-Quran namun harus diberi pertimbangan berat tentang penjagaan hafazan juz-juz yang sudah dihafaz. Masaalah besar yang kerap kali dihadapi ialah kegagalan terhadap menjaga hafazan yang lampau. Dengan pengambilan sabaq/hafazan yang sedikit mampu membuatkan pelajar dapat memberi tumpuan yang seimbang kepada hafazan yang lampau dengan lebih mantap.
Kesimpulan jumlah bacaan harian boleh dikira 1 juz = 30 minit, Maka 5 jam yang diperuntukkan untuk tahfiz mampu menghasilkan 10 juz jumlah bacaan harian atau sederhananya 6-8juz jumlah bacaan harian.
Seperti pepatah arab berbunyi “Satu amalan Istiqamah(Constance) lebih baik dari 1000 amalan Karamah(yang hebat)” Itulah yang dipertekankan di sini.
SUBJEK AKADEMIK
Dalam sistem pengajian Tahfiz & Sains ADH, penekanan yang diberi kepada akademik harian adalah seperti berikut;
1. Kelas Rasmi (Tutor) & Subjek yang diajar
2. Kelas Persediaan (Preparation & Homework)
1.1 Kelas Rasmi ialah kelas yang dihadiri oleh guru-guru akademik tertakluk kepada jadual waktu akademik yang telah disusun dari Isnin hingga Jumaat.
1.2 Waktu yang diperuntukkan untuk kelas rasmi harian selama 2.5 jam
1.3 Jangkawaktu setiap subjek hanyalah 30 minit, jadi setiap hari terdapat 5 subjek untuk memenuhi 2.5 jam atau 25 waktu subjek selama 5 hari setiap minggu
1.4 Subjek-subjek Rendah yang diajar ialah Bahasa Malaysia 1, Bahasa Malaysia 2, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tajwid, Pendidikan Islam, Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani, Bahasa Arab & Jawi
2.1 Kelas Persediaan ialah kelas yang dihadiri pelajar tanpa guru, ini adalah masa untuk pelajar-pelajar berbincang semula topik-topik yang dibentangkan oleh guru di waktu kelas rasmi atau masa untuk pelajar melakukan kerja rumah yang diberi oleh guru kelas.
2.2 Masa Kelas Persediaan ini ialah pada pukul 4.45pm hingga 5.30pm dan 9.15pm hingga 10.00pm. Pelajar yang pulang ke rumah pada 5.30pm diminta mendisiplinkan diri pada waktu malam di rumah masing-masing di bawah pemantauan ibubapa
7.30pm hingga 7.45pm Solat Maghrib,
7.45pm hingga 9.00pm Kelas Tahfiz,
9.00pm hingga 9.15pm Solat Isyak,
9.15pm hingga 10.00pm Kelas Persediaan untuk akademik.
Wallahua’lam
BEZA PENGAJIAN TAHFIZ DGN PENGAJIAN SEKOLAH AGAMA (to be continued)