Blog

5 JANJI ALLAH UNTUK ORANG YANG RAJIN BERSEDEKAH

5 Janji Allah
Akhlak Newsletter Sedekah Tahfiz

5 JANJI ALLAH UNTUK ORANG YANG RAJIN BERSEDEKAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

1. Menghapuskan dosa-dosa orang yang bersedekah

Janji ALLAH yang pertama bagi orang yang rajin bersedekah adalah sedekah itu dapat menghapuskan dosa orang yang mengerjakannya.
Rasulullah SAW, beliau bersabda:
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi)

2. Dapat berteduh di hari kiamat

Nabi SAW menceritakan tentang tujuh jenis manusia yang akan mendapat berteduh pada hari yang tidak ada teduhan dari kepanasan di padang mahsyar.

Salah satu golongan yang mendapat teduhan itu adalah orang yang suka bersedekah.
Rasulullah SAW bersabda :
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”(HR. Bukhari)

3. Harta tidak akan berkurang tetapi makin bertambah banyak

Janji ALLAH SWT yang sangat hebat bahawa harta orang rajin bersedekah tidak akan berkurang meskipun disedekahkan semuanya hanya sedikit yang tersisa buat keperluan sehari-hari.
Rasulullah SAW bersabda:
“Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan
ALLAH tambahkan kebaikkan baginya’. (HR. Muslim)

4. Dapat membebaskannya dari seksa kubur

Rasulullah SAW bersabda:
“Sedekah akan memadamkan api seksaan di dalam kubur.” (HR. Ath-Thabrani)

5. Terdapat pintu syurga hanya untuk orang yang bersedekah

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:
“Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan ALLAH, maka dia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga: Wahai hamba ALLAH, ke marilah untuk menuju kenikmatan. Jika dia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, dia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika dia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.”(HR. Bukhari dan Muslim)

Semoga bermanfaat!


Akademi Darul Huffaz International Tahfiz & Science Academy ditubuhkan sejak 2008, telah melahirkan ratusan pelajar² yang menguasai bacaan dan hafazan Al-Quran. Pernah terpilih sebagai 10 sekolah Swasta Islam Terbaik di Lembah Klang.

TOWARDS THE BEST TAHFIZ & SCIENCE ACADEMY IN THE WORLD!

Akademi Darul Huffaz
Maybank
562021607985

Yang Benar,

Khadim,
Akademi Darul Huffaz International Tahfiz & Science Academy
No Tel: 019 311-9991
Email: lokmanshazly@gmail.com

Leave your thought here

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Chat With Us!
Salam Sejahtera, boleh kami bantu anda?