Blog

Sesi Pengenalan Kurikulum dan Ko-kurikulum / Minggu Orientasi 2021/22

oie_125838fhUYP9iA
Akademik Akhlak Tahfiz

Sesi Pengenalan Kurikulum dan Ko-kurikulum / Minggu Orientasi 2021/22

Pada hari pertama Minggu Orientasi Akademi Darul-Huffaz (ADH) sesi 2021/22, pelajar didedahkan kepada sistem kurikulum dan ko-kurikulum sekolah. Di blog ini akan memberi intipati sesi tersebut.

Taklimat kurikulum dan ko-kurikulum bertujuan untuk memberikan gambaran keseluruhan program tersebut kepada para pelajar ADH yang baru. Sistem Tahfiz integrasi Akademik kadang boleh kelihatan agak aneh serta baru oleh sesetengah pelajar untuk memahami. Pengenalan ringkas tentangnya termasuk – apakah itu, mengapa ia penting, serta apakah yang diperlukan untuk menghasilkannya?

Kurikulum Tahfiz

“Ketika Ustaz belajar Tahfiz dahulu, Guru Ustaz selalu pesan untuk menanamkan niat dan azam yang tinggi supaya dapat mencapai cita-cita menjadi seorang Hafiz Al-Quran. Alhamdulillah, itulah yang Ustaz simpankan dalam diri sepanjang Ustaz belajar, dan kini mengajarkannya kepada kamu semua. Kita tidak boleh belajar Tahfiz tanpa hala tuju dan niat. Mulai tahun baru 2022 ini, tanamkanlah niat dan azam yang baru untuk menjadi Para Huffaz yang Masyhur.”

Ustaz Izzurrahman, Guru Tahfiz ADH

Pembelajaran Tahfiz di ADH adalah berasaskan kaedah Tahfiz Deobandi yang popular di Dunia Timur Tengah dan telah terbukti melahirkan ribuan malah jutaan para huffaz yang bukan sahaja selesai khatam hafazan tetapi mengingati kesemua hafazannya. Walaupun kaedah tersebut terbukti memberi kejayaan, masa, tenaga, dan usaha yang perlu setiap pelajar memberi komitmen adalah tersangat tinggi. Amatlah penting untuk seseorang pelajar itu menyemaikan niat dan azam yang kukuh serta istiqamah yang kuat demi melaksanakan misi tersebut.

Perjalanan ini tidak mudah, tetapi berbaloi. Sepanjang belajar Tahfiz, pelajar bukan hanya dapat mengenali dan menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran, bahkan berpeluang untuk membaiki akhlak dan rohani diri. Di ADH, kami memberi penekanan tersebut dan memberi peluang untuk pelajar-pelajar mengamal selok-belok perjalanan seorang Hafiz Al-Quran.

Uniknya tentang kurikulum ini ialah pelajar yang banyak berkata manakala guru selalunya diam. Sebaliknya yang berlaku dalam kelas darjah Kelas Akademik. Di ADH, kami mewajibkan setiap pelajar dengan mengisi rekod dalam Buku Laporan Tahfiz Pintar ADH. Buku tersebut berfungsi sebagai medium ujian tahfiz penggal, anekdot setiap pelajar, serta menanam visi yang lebih jelas untuk menyelesaikan penghafazan Al-Quran. Selain itu, Teras Kurikulum Tahfiz di ADH terbahagi kepada tiga:

  1. Sabaq – Hafazan Baharu.
  2. Sabqi – Hafazan terkini (15MS-20MS)
  3. Manzil – Hafazan Lampau

Pendekatan terhadap yang mengaji Iqra’ atau sudah menghafaz Juz yang banyak adalah berbeza strateginya. Kami akan huraikan secara lebih mendalam ketika sesi Kurikulum bermula.

Kurikulum Akademik

“Para pelajar yang dikasihi Allah SWT sekalian, pembelajaran dalam bidang akademik tidak cukup tanpa pelan persediaan yang memuaskan. Selalu amalkan sikap berfikir dahulu sebelum bertindak. Pada malam hari, rujuklah jadual akademik kelas masing-masing dan sediakanlah buku-buku tersebut. Janganlah membawa semua buku yang boleh menyakitkan badan belakang atau terlupa membawa buku tersebut. Amalan ini boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi. Gunakanlah dengan sebaiknya.”

Cikgu Syazana, Guru Akademik ADH

Sekolah ADH lebih menekankan kurikulum tahfiz berbanding akademik, dengan menyalurkan 60%-70% masa seharian jadual pelajar kepada tahfiz. Menariknya, pelajar-pelajar ADH dapat menyelaraskan diri dengan kedua-dua kurikulum ini bahkan ada yang telah mencapai gred-gred yang cemerlang. Kurikulum Akademik di ADH adalah selaras dengan kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan menyediakan ujian-ujian penting seperti UPSR, PT3, dan SPM. Erti kata lain seperti Sekolah Kebangsaan, tetapi masa yang diberikan adalah lebih diberatkan kepada Tahfiz. Setiap pelajar di ADH juga wajib mempunyai Fail Pelajar ADH yang merekodkan prestasi setiap pelajar.

Tidak ketinggalan juga prinsip-prinsip moral yang ditekankan dalam setiap pelajar. Penjagaan Masa, Kebersihan, Adab, Pelan Diri, dan lain-lain adalah penting untuk diamali bagi mendapat keberkatan ilmu dalam jadual yang agak padat dengan Tahfiz dan Akademik.

“Kebersihan adalah sebahagian daripada Iman. Wahai pelajar-pelajar ADH, tekankanlah dalam diri sifat kebersihan kepada diri, malah juga kepada rohani, persekitaran, dan selainnya. Jadikanlah mata anda celik terhadap sebarang kekotoran dan segera mengutipnya, cakna dengan rohani diri dan segera mengubatinya, serta tekun dengan prestasi diri dan segera menambah baiknya. Sempena tahun baru 2022 ini, berilah peluang kepada diri untuk menjadi lebih baik dari diri semalam.”

Ustazah Fatimah, Guru Akademik ADH

Kurikulum Cambridge

“Assalamualaikum WRH WBT dear beloved students of ADH, I really admire your dedication on developing more and more knowledge with Cambridge, even though you are dealing with Tahfiz & Malaysian Academic Curriculums. I would like to advise all of you to always be grateful. Whatever the challenges you face in your life, be grateful. Next, is be mindful. Always make wise and thoughtful decision makings. For example, if your teacher is late to class, make good use of the time to revise or be productive, and try to avoid being counter productive. I look forward to see all you back in class after Orientation Week. Have a great time!”

Teacher Farzeen, ADH Cambridge Teacher

ADH Cambridge merupakan program tambahan pembelajaran berasaskan Cambridge IGCSE dari United Kingdom (UK). Program ini memberi peluang kepada pelajar seawal Grade 1 sehingga Grade 9 dan mengandungi tiga subjek teras iaitu English, Mathematics, dan Science. Medium Bahasa ialah Bahasa Inggeris dengan tujuan memperkasakan setiap pelajar akan bahasa tersebut. Prestasi pelajar akan dicatat menggunakan kaedah ‘Report Cards’ dan dinilai secara holistik.

Ko-Kurikulum

“Saya telah membesar seperti kamu semua. Sejak kecil saya telah mempengaruhi diri dengan pelbagai aktiviti ko-kurikulum dan kini sumbangan masa tersebut terbukti membantu diri saya sekarang. Saya tidak mahu kata bahawasanya saya ini hebat, tetapi saya percaya anda lebih hebat dari saya. Kerana kamu semua mempunyai masa dan berpeluang untuk mengubah diri dari sekarang. Saya faham akan era baharu digital serta minat yang tinggi terhadap permainan maya, tetapi perluaskanlah minat terhadap aktiviti ko-kurikulum yang lain.”

Encik Al-Hakeem, Pentadbiran ADH

Ko-kurikulum ialah proses pengajaran dan pembelajaran di luar darjah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar menambah, mengukuh dan mengaplikasi kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari dalam bilik darjah. Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang menarik dari sukan sehinggalah kelab dengan minat yang khas. Antara sebab utama menyertai aktiviti ko-kurikulum ialah peluang pengalaman serta sijil-sijil yang membantu pada ketika menyambung kerja atau pembelajaran.

Semoga Tahun 2022 adalah lebih baik dari tahun yang lepas, dan Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar!

Leave your thought here

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Chat With Us!
Salam Sejahtera, boleh kami bantu anda?