Blog

Tariqat Naqshahbandiah Aliah pimpinan Tuan Syeikh Ustaz Lokman Shazly al-Hafiz bin Dato’ Seri Azlanii Zaharin

oie_MlCidQ2qP6Ns
Tahfiz

Tariqat Naqshahbandiah Aliah pimpinan Tuan Syeikh Ustaz Lokman Shazly al-Hafiz bin Dato’ Seri Azlanii Zaharin

Kenali Tarekat Berdaftar di bawah Enakmen Tarekat (Negeri Sembilan) 2005, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus:

TARIQAT NAQSHAHBANDIAH ALIYAH
(No. Pendaftaran: JMKNNS BTT.070-2/1 (33)


Tarekat ini dipimpin oleh Yang Berusaha Sheikh Lokman Shazly al-Hafiz bin Dato’ Seri Azlanii Zaharin di Surau Dato’ Laksamana Haji Ahmad, Bt. 7, Pantai, 71770, Seremban, Negeri Sembilan.

LATARBELAKANG AKADEMIK
Beliau dilahirkan pada 16 Mei 1971 di Kota Bharu, Kelantan. Pendidikan awal Sheikh Lokman Shazly di Sekolah Rendah Sultan Ismail (3), Kota Bharu, Kelantan (1978-1983), pendidikan menengahnya di Maktab Rendah Sains MARA Kota Bharu, Kelantan (1984-1988) dan memperoleh Diploma Shahadah Tahfiz al-Quran dari Jamiah Darul Quran, Faisalabad, Pakistan di bawah tarbiyah Sheikh Qari Yasin (1992). Selepas itu, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Jamiah Eidgah Tulamba, Multan, Pakistan (1996) di bawah tarbiyah Maulana Tariq Jamil (Wikipedia, Worldtop Influential Muslims 2021) dan Sarjana (Master) Quran & Hadith serta Alim Sihah Sittah (Wikipedia) secara bersanad dari Jami’ah Arabiyyah Raiwind, Pakistan (2000) di bawah tarbiyah Haji Abdul Wahhab (Wikipedia, Worldtop influential muslims)

TARBIYAH KEROHANIAN
Sheikh Lokman memulakan latihan kerohaniannya seawal tahun 1983 ketika bersuhbah dengan datuknya iaitu Dato’ Ismail Munir yang merupakan ahli Tasawuf dan imam di Masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak. Pada 1989, beliau telah berbaiah dengan Maulana Inamul Hasan Kandhlawi, Amir Jemaah Tabligh Dunia di Nizamuddin Aulia, Delhi, India (Wikipedia, Worldtop Influential Muslims) dan mengambil Tariqat Naqshabandiah Sheikh Jailani Darus-Salam (1991), Sheikhpura, Pakistan dengan bimbingan pengajian kitab-kitab Tasawuf seperti Ihya’ Ulum al-Din. Antara tahun 1997-2000, beliau mempelajari secara bersanad kulit ke kulit kitab Sahih Muslim dan Jami’ Tirmizi dengan Sheikh Maulana Nazar-ur-Rehman al-Naqshabandi (Wikipedia, Worldtop influential muslims 2021), Sheikhul Hadith di Jamiah Arabiah Raiwind, Pakistan.

PERDAMPINGAN DENGAN SHEIKH RAJA
Di samping kegiatan beliau dengan ‘Tahfiz Quran, Ta’lim Hadith dan Tabligh’, beliau juga akrab bersama Khalifah Tariqat Naqshandiah Aliyah di Malaysia iaitu Y.T.M. Sheikh Raja Datuk Seri Ashman Shah ibni Raja Azlan Shah (bekas Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan) serta pernah menjadi Imam Solat Tarawih di Zawiyah Damansara.

BAIAT DI TANGAN SHEIKH MEHMET MUHAMMAD ADIL AL-RABBANI
Pada tahun 2014, setelah mendengar kewafatan Yang Mulia Mawlana Sheikh Muhammad Nazim al-Haqqani, Mursyid Tariqat Naqshabandiah Aliyah (Wikipedia, Worldtop Influential Muslims 2009-2013), di Cyprus, Sheikh Lokman berangkat menuju ke Cyprus untuk menghadiahkan bacaan al-Quran atas Titah D.Y.M.M. Tuanku Sultan Azlan Shah. Ketika berada di Maqam Mawlana Sheikh Nazim inilah, beliau telah mengambil baiah Tariqat Naqshabandiah Aliyah daripada Mursyid yang dilantik oleh Sheikh Nazim iaitu anakanda beliau sendiri; Sheikh Mehmet Muhammad Adil al-Rabbani (Wikipedia, Worldtop Influential Muslims), Mursyid Naqshahbandiah Aliyah yang ke-41, seorang lulusan Ma’ahad al-Fath al-Islami, Damsyik dan murid kepada Sheikh Ahmad al-Kuftaro, mantan Mufti Syria dan Sheikh Salih Farfur.

IJAZAH KHILAFAH
Sheikh Lokman telah diberikan Ijazah Khilafah Memimpin Zikir, Nasihat dan Tarbiah Rohani bagi Tariqat Naqshabandiah Aliyah di Malaysia pada tahun 2015. Maka, ketika Tariqat Naqshabandiah Aliyah didaftarkan di bawah Enekmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 pada tahun 2018, beliau juga diamanahkan untuk memimpin Tariqat ini di Negeri Sembilan Darul Khusus sehingga hari ini.

PERANAN LAIN
Selain kegiatan Tariqat ini, Sheikh Lokman adalah Pengasas dan Pengarah Akademi Darul Huffaz International Tahfiz & Science Academy Malaysia (www.darul-huffaz.com) sebuah institusi tahfiz terkenal di Kajang, Selangor. Beliau juga merupakan Ahli Majlis (AMP) Persatuan Madrasah Tahfiz al-Quran Malaysia (Permata al-Quran) dan pernah dilantik sebagai panel pembentukan Dewan Tahfiz Negara. Beliau adalah Pembantu Amil Zakat Lembaga Zakat Selangor yang bertauliah

SEBARANG PERTANYAAN
Boleh hubungi Sheikh Lokman di talian: 019-3119991
Link FB: https://www.facebook.com/lokmanshazly/
Link Pusat Pengamalan Tariqat Naqshabandiah Aliyah cawangan Negeri Sembilan: https://www.facebook.com/Surauputih
No.Telephone Penjaga Pusat Pengamalan Tarekat Surau Dato’ Laksamana Hj. Ahmad: Ustaz Haris 011-37603299

Leave your thought here

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Chat With Us!
Salam Sejahtera, boleh kami bantu anda?