Blog

ADH Newsletter Week #3

1
Newsletter

ADH Newsletter Week #3

Date: 17.1.2022

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Para pelajar dan ibu bapa yang dirahmati Allah SWT,

Bagaimana minggu pertama kurikulum anda? Kami harap anda boleh ‘keep up’ dengan jadual yang padat ini serta meningkatkan prestasi di dalam kelas. Ingatlah untuk jaga diri anda secara mental dan fizikal. Janganlah terlalu kurang usaha sehingga memucatkan prestasi anda dan usah terlalu mengejar tinggi prestasi sehingga mengganggu fizikal dan mental diri anda. Jadualkan diri dengan mengimbangkan kedua-dua waktu produktif dan waktu rehat. Ingat, pasanglah azam kejayaan yang tinggi dan pelankan laluan tersebut dengan sesuai!

Kami di ADH sentiasa fikir tentang masa hadapan anda, duniawi dan ukhrawi. Oleh itu, program-program yang akan diadakan melibatkan sokongan fikir tersebut. Sertailah program- program ini dengan penuh minat!

Terima kasih dan Sila Ambil Perhatian.


ADH NEWS!

AUDIT PRESTASI BULANAN

Pada setiap akhir bulan, pihak pentadbiran akan uruskan audit prestasi setiap pelajar secara bulanan. Pihak pentadbiran akan audit melalui setiap kategori, terutamanya Tahfiz dan Akademik. Pelbagai aspek akan diambil kira seperti kelancaran hafazan, fushah bacaan, dan lain-lain serta cadangan penyelesaian. Audit ini akan dimaklum lebih terperinci pada newsletter yang akan datang.

Harap semua pelajar maklum dan membuat persediaan sebaiknya. Sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian +6013 374-8000.

UJIAN AKHIR TAHUN 2021/22

Ujian akhir tahun 2021/22 akan berlangsung pada bulan Februari & Mac.

AKADEMIK
7 FEB – 18 FEB (MENENGAH)
10 FEB – 18 FEB (RENDAH)
TAHFIZ
3 MAC – 4 MAC

Harap semua pelajar maklum dan membuat persediaan sebaiknya. Sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian +6013 374-8000.

PENUNDAAN HARI SUKAN DAN HARI KELUARGA 2022

Dukacita dimaklumkan bahawa Hari Sukan dan Hari Keluarga 2022 yang dirancang pada 22 Jan – 23 Jan terpaksa DITUNDA pada tarikh lain yang lebih sesuai disebabkan oleh beberapa faktor. Sebaliknya pada waktu tersebut akan diganti dengan aktiviti ko-kurikulum yang lain.

Tarikh Hari Sukan dan Hari Keluarga 2022 akan diberitahu pada masa akan datang. Pihak ADH memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku disebabkan penundaan ini. Semoga Hari Sukan dan Hari Keluarga 2022 akan dirancang dengan lebih baik berbanding tahun- tahun lepas asbab penundaan ini.

JADUAL PENJAGAAN TIDUR TENGAHARI PELAJAR

Jadual tersebut akan dipasang di papan notis sekolah sebagai rujukan.


UPCOMING EVENTS

CAMPING

Menggantikan penundaan Hari Sukan pada 22 Jan, Camping mengambil tempat di Ladang Darul Huffaz Agro (atau tempat lain). Pelajar Banin dan Banat akan ikut bersama dan berkhemah atas tanah subur Negeri Sembilan. Berbagai aktiviti dirancang semasa berkhemah satu malam seperti mandi air terjun, hidupkan ‘campfire’ dan lain-lain. Penerangan lebih terperinci akan dimaklumkan pada masa terdekat.

KEMPEN KEBERSIHANKU IBADAHKU

Kebersihan itu sebahagian dari Iman. Terdapat pelbagai aspek yang perlu setiap pelajar ambil pengajaran dan mengaplikasi dalam kehidupan seharian terutamanya pada waktu tarbiyah zaman belajar. Kempen Kebersihanku Ibadahku akan mengambil tempatnya dalam 1-2 minggu oleh Pihak ADH. Penerangan lebih terperinci akan dimaklumkan pada masa terdekat.

MAJLIS MUSABAQAH 2022

Antara aktiviti tahunan ADH ialah Majlis Musabaqah. Program ini merupakan pertandingan hafazan Al-Quran dan semua pelajar WAJIB hadir untuk mengambil pengalaman. Bersiap sedialah dan nantikan program ini pada 7 & 8 Mac.

RAMADHAN CHALLENGE

Kian 74 hari lagi masuklah bulan Ramadhan. Setiap tahun, ADH tidak terlepas dengan semangat Al-Quran apabila tiba Bulan Suci Ramadhan. Aktiviti terancang ialah Khatam 30 Juz Al-Quran dalam solat tarawih, Qiammulail, khidmat bubur lambuk, dan banyak lagi. Tahun ini ADH mengadakan #RamadhanChallenge untuk membarakan jiwa semasa bulan suci ini. Penerangan lebih terperinci akan dimaklumkan pada masa terdekat.

ARCHERY CLUB MEMBERSHIP UPDATE

Kini, ADH Archery Club mempunyai 4 Tempat sahaj tinggal untuk pendaftaran keahlian Banin untuk sesi Jan-Mac. Daftarlah segera sebelum tempat penuh! Hubungi Al-Hakeem di talian +6011-6530 1991.

ADH NEWSWEEK

Adakah anda berminat dengan kerja wartawan? Fotografi peristiwa-peristiwa menarik ADH, menulis blog, rangka berita, dan pelbagai lagi bersama ADH NewsWeek! Daftarlah sebagai ahli sekarang dan nikmati akses seorang wartawan! Jumlah ahli terhad dan terbuka seketika sahaja. Hubungi Al-Hakeem di talian +6011-6530 1991.

ADH GERAKAN FIKIR HARIAN

Imarahkanlah surau ADH dengan menyertai dan menyumbang usaha dalam ADH Gerakan Fikir Harian! Tanamlah sumber pahala dengan membantu kemas kini silibus Fikir Harian seharian dan maklumat peninggalan Sunnah Rasulullah SAW! Daftarlah sebagai ahli sekarang. Jumlah ahli terhad dan terbuka seketika sahaja. Hubungi Al-Hakeem di talian +6011-6530 1991.


WEEK HIGHLIGHTS

15 Jan 2022

Taman Botani & Uptown Sports

Air Terjun Lenggeng setelah Khidmat di Ladang Darul-Huffaz Agro


TERIMA KASIH DAN HARAP MAKLUM!

Semoga Allah SWT memberkati dan menjayakan usaha-usaha kecil ini, In Syaa Allah!

Yang Benar,

….………………………..

Sheikh Lokman Shazly Dato Seri Azlanii Zaharin
Pengasas & Pengarah,
Akademi Darul Huffaz International Tahfiz & Science Academy
No Tel: 019 311-9991
Email: lokmanshazly@gmail.com

Leave your thought here

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Chat With Us!
Salam Sejahtera, boleh kami bantu anda?