Blog

ADH Newsletter Week #4

2-2
Newsletter

ADH Newsletter Week #4

Date: 25.1.2022

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Para pelajar dan ibu bapa yang dirahmati Allah SWT,

 Peperiksaan Akhir Tahun 21/22 semakin menghampiri selepas Cuti Raya Cina, serta semangat penubuhan kelab membara. Wahai pelajar-pelajar dikasihi sekalian, rancangkanlah jadual masa anda dengan bijak untuk menambahkan dan mengekalkan prestasi yang baik, dalam kurikulum dan ko-kurikulum sekolah.

Apabila waktu percutian sekolah tiba, ingatlah untuk mengamalkan amalan yang terbaik serta khidmat ibubapa. Ambillah peluang cuti ini untuk membuat perkara manfaat bersama keluarga.

Terima kasih dan Sila Ambil Perhatian.


ADH NEWS!

CUTI RAYA CINA DAN JADUAL AMALAN HARIAN

Pada akhir minggu ini, pelajar-pelajar akan pulang ke rumah pada waktu yang tertera di bawah:
29 JAN (SABTU)  – 2 FEB (RABU)
NOTA: Pelajar Asrama pulang sebelum 6:30pm (2 FEB) & Sesi Persekolahan pelajar harian bermula pagi 3 FEB.

Pelajar-pelajar pula dikehendaki mengambil dan mengisi kertas laporan Jadual Amal Harian semasa Cuti Raya Cina selama 5 hari dan apabila selesai, perlu ditandatangani oleh Ibubapa dan Guru Kelas Tahfiz masing-masing.

Sebarang pertanyaan & kekeliruan boleh hubungi di talian +6013 374-8000.

UJIAN BERTULIS SPM 21/22

Ujian SPM semakin menghampiri buat pelajar Tingkatan 5 (21/22). Pastikan anda kekalkan momentum pembelajaran dan mempunyai persediaan kukuh untuk masa hadapan anda! Pihak ADH mengucapkan Selamat Maju Jaya buat anda!

Tarikh bermula ujian-ujian bertulis SPM = 2 Mac 2022

PERINGATAN PENYERAHAN IKRAR PELAJAR

Pihak ADH ingin memberi peringatan sempena pulang ke rumah untuk mengambil masa memahami dan menandatangani Ikrar Pelajar (Pelajar dan Ibubapa) yang telah diberitahu sewaktu Minggu Orientasi dahulu. Penyerahan adalah WAJIB bagi setiap pelajar dan perlu diserah di Pejabat ADH.


UPCOMING EVENTS

JUNIOR CAMPING

Program Junior Camping yang ditujukan kepada pelajar-pelajar Rendah Tahap 1 serta Tadika akan dianjurkan pada bulan Februari. Tarikh lanjut akan diberitahu serta maklumat terperinci selepas Ujian Akhir Tahun 21/22. Nikmatilah program pagi-petang berkelah, berkhemah dan belajar pertanian di Ladang subur Darul Huffaz Agro!

ADH NewsWeek

Saksikan Blog pertama ADH NewsWeek Banin berjudul Camping Blog! Sebarang pertanyaan boleh lanjutkan kepada Al-Hakeem +6011 6530 1991.

ADH KURAI GYM CLUB

Memperkenalkan Kurai Gym Club yang memfokuskan disiplin aktiviti senaman dan kesihatan tubuh badan anda! Diasaskan oleh pelajar ADH Muhammad Haqimie Haiqal, kelab ini akan dibuka keahlian bermula 2 Feb 2022. Walau bagaimanapun, kelab ini terhad kepada 5 ahli pelajar Banin Menengah. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada Muhammad Haqimie Haiqal atau Al-Hakeem.

ADH PREFECTS’ ASSOCIATION

Persatuan Pengawas yang direka untuk membina Sifat Kepimpinan antara pelajar, melatihkan insan-insan yang mempunyai set kemahiran yang pelbagai, serta teguh pendirian. ADH Prefects’ Association akan dibuka keahliannya pada masa akan datang. Sebarang pertanyaan dan keinginan temuduga boleh dilanjutkan kepada Al-Hakeem +6011 6530 1991.

KELAB-KELAB YANG AKAN DATANG

Kami perlu bantuan komiti pelajar yang semangat dan berintegriti dalam menghidupkan kelab-kelab. Ambillah peluang ini untuk mengisi masa dengan perkara produktif dan mempelajari serba sedikit ilmu pengendalian kelab. Kelab-kelab akan dibuka pada masa akan datang untuk tujuan memfokus Ujian Kurikulum terdekat. Semoga Maju Jaya, dan ingatlah, pelajar ADH bukan biasa-biasa!

Pendaftaran Ahli Kelab


TERIMA KASIH DAN HARAP MAKLUM!

Semoga Allah SWT memberkati dan menjayakan usaha-usaha kecil ini, In Syaa Allah!

Yang Benar,

….………………………..

Sheikh Lokman Shazly Dato Seri Azlanii Zaharin

Pengasas & Pengarah,

Akademi Darul Huffaz International Tahfiz & Science Academy
No Tel: 019 311-9991
Email: lokmanshazly@gmail.com

Leave your thought here

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Chat With Us!
Salam Sejahtera, boleh kami bantu anda?