Camping Blog – Banin 21/22
January 23, 2022 2022-01-23 13:09Camping Blog – Banin 21/22
Camping Blog – Banin 21/22
Aktiviti Camping di Ladang Darul Huffaz Agro, Lenggeng, Negeri Sembilan.
Author: ADH NewsWeek – Amsyar, Al-Hameem, Raziq, Uzair Sarhan & Uzair Sofri.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Perkhemahan adalah salah satu cara terbaik untuk merehatkan badan dan minda kita. Ia adalah peluang kembali berhubung dengan alam semula jadi dan menikmati keindahan ciptaan Allah SWT.Ia juga cara yang baik untuk meluangkan masa dengan rakan-rakan. Perkhemahan juga merupakan peluang yang baik untuk pelajar2 memutuskan hubungan daripada dunia digital dan menikmati alam semula jadi.
Jumaat 3PM – 21.1.2021
Selepas pelajar-pelajar menunaikan solat fardhu jumaat, mereka mengemas barang dan bersiap sedia untuk bertolak ke ladang lenggeng untuk berkhemah. Setibanya mereka sampai di ladang,mereka menunaikan solat fardhu asar berjemaah terlebih dahulu. Selepas itu, mereka dibahagikan kepada 8 kumpulan,setiap kumpulan mempunyai 5 peserta dan mereka perlu bekerjasama untuk mendirikan khemah.
Jumaat 5PM – 21.1.2021
Selepas pelajar-pelajar selesai mendirikan khemah,mereka meletakkan barang mereka di dalam khemah masing-masing. Selepas itu, mereka bermandi-manda di tasik yang terletak di kawasan ladang tersebut.Selepas mereka bermandi-manda, mereka bersiap-siap untuk menunaikan solat fardhu maghrib di surau.
Jumaat 7PM – 21.1.2021
Setibanya azan maghrib dikumandangkan, pelajar-pelajar dan guru-guru bersiap sedia untuk menunaikan solat fardhu maghrib berjemaah sebelum melakukan aktiviti seterusnya. Setelah itu, guru-guru dan beberapa orang murid membuat persediaan BBQ. Ketika mereka sedang berseronok menghidupkan api, perkara yang tidak diduga berlaku iaitu hujan renyai telah turun membasahi pelajar-pelajar dan guru-guru. Setelah beberapa minit kemudian, hujan yang renyai lama-kelamaan menjadi semakin lebat dan telah merosakkan aktiviti BBQ. Terdapat juga beberapa barang pelajar yang basah kerana ingin menyelamatkan barang-barang mereka yang terdedah nkepada hujan lebat itu. Hujan itu telah dapat menciptakan pengalaman yang baru bersama kawan-kawan. Bak kata pepatah; Ada hikmah di sebalik setiap dugaan. Setelah kejadian tersebut, semua berkhidmat mengemas barang dan bersiap-sedia untuk tidur.
Sabtu 6AM – 22.1.2021
Pelajar-pelajar memulakan pagi sabtu mereka dengan pemandangan matahari terbit yang indah. Terdapat beberapa pelajar yang berjoging di sekitar kawasan ladang dan ada juga beberapa pelajar yg membantu guru menyediakan sarapan pagi. Setelah itu, pelajar-pelajar melakukan aktiviti bebas seperti bermain bola sepak, persembahan nasyid, dan bola tampar. Setelah pelajar-pelajar habis melakukan aktiviti, mereka mengemas barang2-barang dan bersiap sedia untuk menuju ke Air Terjun Lenggeng.
Sabtu 10PM – 22.1.2021
Setelah tiba di air terjun, mereka pun terus mandi-manda kerana teruja. Sebahagian daripada mereka telah lama tidak rasa mandi air terjun kerana PKP. Selama 2 jam mereka rendamkan diri dan bermain air di sana. Setelah penat dan puas bermain, mereka terus bersiap-siap salin baju dan bersihkan diri untuk pulang ke ADH dengan menaiki van. Pengalaman sehari berkhemah di Ladang dan menimpa dugaan yang tidak dijangka telah menghasilkan memori-memori yang amat indah. Alhamdulillah.
Terima Kasih!
Comments (5)
Hamem si ensemboi
Masyallah👍💯
Amsyar kacak
Bestnya belajar di akademik Darul huffaz😍
Amsyar kacak
Best
Uzair Sofri Pandai lagi Hensem
Semoga Allah permudahkan segala urusan
ADH Newsletter Week #4 – Akademi Darul Huffaz
[…] Blog pertama ADH NewsWeek Banin berjudul Camping Blog! Sebarang pertanyaan boleh lanjutkan kepada Al-Hakeem +6011 6530 […]