Blog

Di Sebalik Tabir Rancangan RTM Melibatkan ADH

WhatsApp Image 2022-02-05 at 22.57.46
Aktiviti

Di Sebalik Tabir Rancangan RTM Melibatkan ADH


Author: ADH NewsWeek – Uzair Sofri & Raziq

Krew RTM datang ke sekolah ADH untuk mengadakan sesi pengenalan bersama Ustaz Lokman tentang Akedemi Darul Huffaz.Sesi tersebut terbahagi kepada 3 bahagian:

Ahli NewsWeek terlibat dengan aktiviti

BAHAGIAN PERTAMA:

Puan Yaya [salah satu krew RTM] menemu duga Ustaz Lokman dan Al-Hakeem tentang Akademi Darul Huffaz. Mereka bersembang santai sambil mengetahui lebih lanjut akan asal-usul penubuhan sekolah, sistem pembelajaran integrasi ADH, aktiviti menarik yang diadakan serta hala tuju sekolah dalam berkhidmat kepada masyarakat. Sesi tersebut mengambil masa sekitar 2 jam untuk selesai.

BAHAGIAN KEDUA

Krew RTM ingin merakam beberapa rakaman B-Roll di sekolah untak mendapatkan suasana ADH. Mereka meminta 10 pelajar dengan sukarela untuk sesi rakaman tersebut. Pelajar-pelajar yang bersukarela untuk menjadi model untuk sesi rakaman tersebut adalah Hameem, Hafiz, Hafiey, Naufal, Amsyar, Raziq, Zaydan, Iman, Azim, Imran dan juga seorang ustaz iaitu Ustaz Shamim.

Mereka mulakan sesi rakaman di dewan tahfiz, jurugambar merakam suasana tahfiz dan sesi tasmi’ Al-Quran antara pelajar dan ustaz. Selepas itu, sesi rakaman bersambung di bilik akademik. Jurugambar memilih kelas Form 5 untuk sesi rakaman tersebut. Dia merakam sesi pembelajaran akademik dan juga suasana kelas. Setelah itu, mereka merakam sesi riadah pelajar di Rooftop. Pelajar-pelajar sedang bermain bola dengan semangat. Selepas itu, mereka menuju ke asrama untuk sesi rakaman kedua terakhir. Jurugambar merakam aktiviti harian pelajar-pelajar di asrama seperti melipat baju, mengemaskan katil dan lain-lain. Untuk sesi rakaman terakhir, mereka merakam aktiviti kelab qasidah di dewan tahfiz. Seorang pelajar yang bernama hameem menjadi vokalis untuk kelab qasidah tersebut.

BAHAGIAN KETIGA

Untuk sesi rakaman memanah ADH, mereka ahli krew RTM dan beberapa pelajar dari kelab memanah pergi bergerak ke ladang Agro Farm di Lenggeng. Mereka tiba di ladang Lenggeng pada pukul 7 petang. Mereka bergegas untuk menyelesaikan sesi rakaman tersebut supaya mereka dapat solat fardu Maghrib. Jurugambar merakam ahli-ahli kelab memanah sedang menjalankan aktiviti memanah. Setelah mereka selesai dengan sesi rakaman tersebut, mereka terus menunaikan solat fardu Maghrib.

Pelajar menunggu Masakan Tomyam Sedap

Pada akhir hari tersebut, pelajar-pelajar amat bersyukur kerana berpeluang mendedahkan diri dalam industri media. Pelajar-pelajar juga sempat menikmati masakan tomyam tepi jalan yang di belanja oleh seorang hamba Allah yang tidak dikenali.

Sekian, Terima Kasih.

Comments (11)

  1. Mantap kerja!

  2. Uzair Sofri yg sgt hensem lgi pandai

    Alhamdulliah semuanya dengan izin Allah.

  3. Fatimah Shahrir

    MasyaAllah, terbaik

  4. Amsyar kacak

    Padu mat👍👍

    1. Hamem si ensemboi

      Keep up the great work guyss!!💯

  5. […] NewsWeek Club telah menyiarkan blog Di Sebalik Tabir Rancangan RTM Melibatkan ADH! Jemput sokong usaha para pelajar kita dengan memberi komen dan kongsikan blog tersebut kepada […]

  6. Lokman Shazly

    ADH terus maju jaya di persada Dunia!

  7. Siti

    Bila agaknya akan keluar rancangan tu di RTM?

    1. Mengikut krew tersebut, rancangannya akan bersiar sewaktu ramadhan tahun hadapan. In Syaa Allah

  8. Hazlina

    Semoga ADH terus maju membangun ummah Islam yang cemerlang berdaya-saing demi agama,bangsa dan negara.

  9. Sarhan mat rugby

    Padu siak yang tangkap gambar tu👍

Leave your thought here

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Chat With Us!
Salam Sejahtera, boleh kami bantu anda?