Blog

ADH Newsletter Week #5

ADH-Events-Newsletter
Newsletter

ADH Newsletter Week #5

Date: 7.2.2022

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Para pelajar dan ibu bapa yang dirahmati Allah SWT,

Percutian 5 hari Raya Cina sudah selesai dan ADH telah menjemput kembali anak-anak ADH pulang ke asrama. Ujian Peperiksaan Akhir Tahun 21/22 sudah bermula hari ini dan kami harap para pelajar sudah memberi masa dan mengulangkaji pelajaran sepatutnya.

Masa pembelajaran ini adalah masa terbaik untuk belajar disiplin dan memperkasakan kemahiran diri. Ketika menyambung pelajaran tinggi atau bekerja pada usia meningkat dewasa, masa yang didapati berkurangan serta sukar mendisiplinkan diri di dunia luar terutamanya pada era globalisasi ini. Hargailah dan manfaatkanlah masa sekarang serta hindarilah perkara yang melalaikan. Walaupun ringan di mulut nasihat ini, sedihnya ramai yang mengambil mudah dan jatuh akan akibat mengambil mudah nasihat tersebut.

Terima kasih dan Sila Ambil Perhatian.


ADH NEWS!

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 21/22

Seperti yang telah dimaklumkan dahulu, peperiksaan akhir tahun 21/22 akan mengambil tempat minggu hadapan seperti tertera di tarikh bawah:

AKADEMIK
7 FEB – 18 FEB (MENENGAH)
10 FEB – 18 FEB (RENDAH)

TAHFIZ
3 MAC – 4 MAC

Jadual peperiksaan sudah siap dan dipasang sejak minggu lepas di papan notis. Harap semua pelajar maklum dan membuat persediaan sebaiknya. Sebarang persoalan berkenaan peperiksaan boleh dilanjutkan pada Cg Wanie di talian +60 17-924 3898.

MODEL FOTOGRAFI ADH

Berminat untuk menjadi Model ADH? Pada masa terdekat, ADH akan melakukan beberapa projek marketing dan memerlukan peserta yang sedia untuk menjadi model beberapa pergambaran. Boleh hubungi Al-Hakeem untuk maklumat lanjut di talian +6011 6530 1991.


CLUBS & SOCIETIES
(Tekan
sini untuk daftar!)

ADH NEWSWEEK CLUB

ADH NewsWeek Club telah menyiarkan blog Di Sebalik Tabir Rancangan RTM Melibatkan ADH! Jemput sokong usaha para pelajar kita dengan memberi komen dan kongsikan blog tersebut kepada keluarga dan rakan-rakan anda yang terdekat!

ADH ARCHERY CLUB

ADH Archery Club masih membuka kemasukan untuk pelajar Banat (6 Pax Left) dan manakala kemasukan Banin sudah penuh. Pertambahan kemasukan boleh Banin boleh dipertimbangkan jikalau mempunyai peralatan memanah tersendiri. Nantikan aktiviti menarik terdekat Bulan Feb & Mac iaitu Liga Memanah Siri 1 & Latihan Memanah Dinamik! Sertailah sekarang di talian +6011 6530 1991 (Al-Hakeem).

ADH KELAB TAEKWONDO

Berminat belajar dan berlatih seni bela diri popular dari Korea? Sertailah ADH Kelab Taekwondo dengan En. Sofiuddin atau Sir Sofi yang berpengalaman mengajar sekitar 10 tahun dan mempunyai Black Belt. Kelab terbuka untuk pelajar Banin Menengah dan Rendah dan yuran dikenakan RM50/bulan. Hubungilah Al-Hakeem di talian +6011 6530 1991 untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

ADH KELAB BADMINTON

Pendaftaran Kelab Badminton yang ditunggui sudah dibuka! Kami memerlukan komiti pelajar untuk melaksanakan aktiviti kelab dengan sebaiknya. Pendaftaran ahli dan komiti melalui Al-Hakeem di talian +6011 6530 1991.

ADH KURAI GYM CLUB

ADH Kurai Gym Club kini membuka pendaftaran ahli untuk pelajar menengah Banat. Terhad kepada 3 orang sahaja. Maklumat lanjut boleh hubungi Al-Hakeem (+6011 6530 1991).

ADH PREFECTS’ ASSOCIATION

ADH Prefects’ Association kini telah membuka pendaftaran ahli! Sumbangkanlah usaha dan idea untuk projek-projek yang akan dilakukan sebagai seorang pengawas! Pendaftaran ahli adalah melalui sesi temuduga dan terhad! Ambillah peluang ini untuk meluaskan kemahiran peribadi dan hubungilah Al-Hakeem (+6011 6530 1991) untuk penyertaan.

ADH GERAKAN FIKIR HARIAN

Pendaftaran Gerakan Fikir Harian sudah dibuka. Kami memerlukan komiti pelajar untuk melaksanakan aktiviti kelab dengan sebaiknya. Pendaftaran ahli dan komiti melalui Al-Hakeem di talian +6011 6530 1991.


TERIMA KASIH DAN HARAP MAKLUM!

Semoga Allah SWT memberkati dan menjayakan usaha-usaha kecil ini, In Syaa Allah!

Yang Benar,

….………………………..
Sheikh Lokman Shazly Dato Seri Azlanii Zaharin
Pengasas & Pengarah,
Akademi Darul Huffaz International Tahfiz & Science Academy
No Tel: 019 311-9991
Email: lokmanshazly@gmail.com

Leave your thought here

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Chat With Us!
Salam Sejahtera, boleh kami bantu anda?