Blog

KHIDMAT MAKMAL SAINS

WhatsApp Image 2022-02-17 at 21.36.17 (6)
Aktiviti

KHIDMAT MAKMAL SAINS


Author: ADH NewsWeek – Uzair Sofri & Raziq

11/2/2022 – JUMAAT

Pada Jumaat petang, Al-Hakeem [penasihat kelab pengawas ADH] menyampaikan hasratnya untuk menceriakan dan mengemas dua bilik makmal sains ADH pada hari Sabtu kepada ahli-ahli kelab pengawas ADH. Hasrat Al-Hakeem disambut dengan rela hati oleh ahli-ahli kelab pengawas ADH. Mereka melakukan aktiviti khidmat ini dengan ikhlas hati kerana Allah.

12/2/2022 SABTU

Pada hari Sabtu selepas solat Zohor, Al-Hakeem mengumpulkan ahli-ahli kelab pengawas yang ada pada hari Sabtu.Al-Hakeem meminta beberapa pelajar yang bersedia dengan ikhlas hati untuk membuat membuat khidmat. Ahli-ahli kelab pengawas yang membantu dalam khidmat ini ialah Raziq,Uzair Sarhan,Uzair Sofri dan pelajar-pelajar yang bersukarela membantu khidmat ini ialah Salahudin,Hamzah,Hafiey dan Zaydan. Sebelum melaksanakan khidmat Al-Hakeem memberi sedikit taklimat tentang etika khidmat supaya dapat melaksanakan khidmat dengan lebih efektif. Selepas taklimat tersebut mereka segera menjalankan khidmat tersebut dengan semangat. Mereka melaksakan khidmat tersebut daripada pukul 2PM sehingga solat Asar. Progres khidmat tersebut berjalan dengan lancar kerana mereka melakukan khidmat tersebut dengan seikhlas hati. Selepas menunaikan solat Asar, mereka berehat dan beriadah.

Meja-meja yang patah ketika khidmat

Selepas menunaikan solat Maghrib, kerja khidmat bersambung sehingga sekitar 9:30PM. Kerja khidmat tersebut berhasil dan lancar tetapi perkara yang tidak diduga berlaku apabila sesi kerja khidmat hendak selesai pada hari itu. Meja-meja yang digunakan sebagai rak buku patah kerana tidak mampu menampung berat buku-buku. Mereka redho dengan takdir Allah kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

13/2/2022 – AHAD

Pada hari Ahad mereka kembali berkhidmat dengan strategi yang baru. Mereka berfikir dengan kreatif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Mereka bertungkus-lumus mengaplikasikan strategi baharu itu untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan mengkatogarikan berat dan jenis buku-buku pada platform-platform yang bersesuaian, kaedah tersebut terbukti berkesan dan mereka sambung mengerjakan khidmat dengan lancar dan efektif. Mereka melakukan khidmat daripada pukul 11 AM sehinnga 3 PM. Khidmat tersebut terpaksa ditundakan pada hari Isnin kerana ramai pelajar yang menyertai khidmat keluar outing. Pada hari ini, kebanyakkan skop khidmat dapat dilaksaksanakan.

14/2/2022 – ISNIN

Pada hari Isnin,mereka sambung melakukan khidmat pada pukul 3 PM sehingga solat Asar. Pada waktu itu,mereka dapat melaksakan khidmat seperti mengemaskan bilik makmal. Selepas menunaikan solat Asar, mereka kembali melaksanakan khidmat yang hanya tinggal sedikit.

15/2/2022 – SELASA

Pada hari Selasa, Al-Hakeem membawa berita gembira kepada pelajar-pelajar yang berkhidmat yang Ust Lokman (pengasas ADH) hendak belanja mereka makan di McD.

PENGAJARAN

Peristiwa ini telah mengajar mereka supaya jangan mudah berputus asa apabila ditimpa musibah. Mereka juga dapat belajar memikirkan secara kreatif untuk mendapatkan solusi pada suatu masalah. Mereka juga dapat membersihkan hati melalui usaha khidmat. Dengan asbab usaha beberapa pelajar yang ikhlas semua pelajar ADH bergembira dan bersyukur kerana dapat menggunakan bilik makmal sains semula.

Comments (3)

  1. Semoga Allah permudahkan urusan pelajar-pelajar tersebut. Amin

  2. Kebersihanku Ibadahku!

  3. Lokman Shazly Zaharin

    Sebuah usaha yang kreatif. Sayangi ADH selalu dekat di hati!

Leave your thought here

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Chat With Us!
Salam Sejahtera, boleh kami bantu anda?