Blog

ADH Newsletter Week #6

image
Newsletter

ADH Newsletter Week #6

Date: 4.3.2022

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Para pelajar dan ibu bapa yang dirahmati Allah SWT,

ADH Kelab NewsWeek memohon maaf atas kelewatan ‘Newsletter’ kerana berlangsung Peperiksaan Akhir Tahun 2021/22 selama dua minggu serta beberapa faktor lain. Newsletter Week #6 merupakan Newsletter terakhir untuk sesi 2021/22 dan akan kembali bersiaran selepas cuti akhir tahun 2021/22.

Minggu ini merupakan minggu terakhir sekolah sesi 2021/22. Alangkah cepatnya masa berlalu. Ingatlah pepatah ‘Masa itu ibarat pedang. Jika kamu tidak memotongnya, maka kamu akan dipotong olehnya.’ dan sentiasa hargai masa yang ada.

Terima kasih dan Sila Ambil Perhatian.


ADH NEWS!

UJIAN TAHFIZ AKHIR TAHUN 21/22

Seperti yang telah dimaklumkan dahulu, ujian tahfiz akhir tahun 21/22 akan mengambil tempat minggu hadapan seperti tertera di tarikh bawah:

TAHFIZ

3 MAC – 4 MAC

Pemakluman prosedur Ujian Tahfiz secara Lisan telah dilaksanakan dahulu. Harap semua pelajar maklum dan membuat persediaan sebaiknya. Sebarang persoalan berkenaan peperiksaan boleh dilanjutkan pada Ust Zaman di talian +60 18-243 0746.

UJIAN BERTULIS PELAJAR SPM

Ujian Bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula pada hari ini! Pihak ADH mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar yang menghadapi Ujian SPM!

PERJUMPAAN IBUBAPA

Pada 9 Mac, Perjumpaan IbuBapa/Penjaga bersama para guru dan asatizah ADH akan berlangsung. Tentatif yang lebih terperinci akan dikongsikan pada masa terdekat.


CLUBS & SOCIETIES
Link daftar kelab

PENANGGUHAN BEBERAPA KELAB

Untuk makluman, beberapa kelab akan ditangguhkan pembukaannya dahulu pada sesi tahun 2021/22 dan akan mula pendaftaran dan operasi pada sesi tahun 2022/23. Kelab-kelab yang terlibat ialah ADH Qasidah, ADH Kelab Badminton, ADH Bola Sepak, ADH Grafyks, ADH Gerakan Fikir Harian, ADH Billionaire Society dan lain-lain.

ADH NewsWeek Club

Saksikan blog siaran terbaru ADH NewsWeek – Khidmat Makmal Sains. Tekan Link Ini!

ADH Prefects’ Association

ADH Prefects’ Association akan melancarkan ‘Projek Ceria’ Fasa 1 pada minggu ini. Projek tersebut merupakan usaha ke arah menceriakan sekolah dengan sukarelawan pelajar yang berniat membersihkan diri. Sumbangkanlah usaha dengan menyertai projek tersebut dan memberi nama kepada Al-Hakeem di talian +6019-332 3584.


TERIMA KASIH DAN HARAP MAKLUM!

Semoga Allah SWT memberkati dan menjayakan usaha-usaha kecil ini, In Syaa Allah!

Yang Benar,

Sheikh Lokman Shazly Dato Seri Azlanii Zaharin
Pengasas & Pengarah,
Akademi Darul Huffaz International Tahfiz & Science Academy
No Tel: 019 311-9991
Email: lokmanshazly@gmail.com

Leave your thought here

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Chat With Us!
Salam Sejahtera, boleh kami bantu anda?