Blog

WATERFALL TRIP JOURNEY

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Aktiviti

WATERFALL TRIP JOURNEY

Writers: Miftah, Faikah, Nadiah, Aishah.

Dengan lafaz basmallah sebagai pembuka kata,

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Aktiviti pelajar banat pada kali ini dapat menghasilkan pelbagai memori-memori yang dapat dikenang pada masa yang akan datang walaupun terdapat beberapa halangan yang telah ditempuhi.

Kronologi aktiviti:

Sabtu, 6:00p.m

Breifing dan pembahagian kumpulan.

ADH princesses diminta untuk berkumpul di musollah asrama bagi sesi breifing dan pembahagian kumpulan. Para pelajar diterangkan tentang beberapa peraturan sebelum aktiviti dimulakan. Penerangan tersebut diterangkan oleh Cikgu Syazana *AKA Teacher Nana* Dan Ustazah Tasneem. Selepas sesi taklimat berakhir, Teacher Nana membahagikan ADH princesses kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai sekitar 4 hingga 5 ahli. Fukuro, ADH Revengers, Lily dan The Hoomans.

Setiap seorang diberikan barang amanah iaitu sebatang straw. Barang amanah tersebut perlu dijaga dan dibawa ke mana sahaja asalkan bahagia. Pada akhir acara nanti, barang amanah tersebut akan dikumpulkan semula oleh Teacher Nana dan sesiapa yang tidak mengembalikan atau menghilangkan barang amanah tersebut akan diberikan denda.); (tapi takde pon HSHSHS)

9:30p.m

Aktiviti Lakonan SPONTAN!

Setelah usai solat Isyak berjemaah, ADH princesses berkumpul di musollah asrama untuk AKTIVITI INI :).
Setiap kumpulan diminta untuk melakonkan drama, sketsa atau lakonan. Seorang ahli daripada setiap kumpulan diminta untuk mencabut undi. Tajuk dipilih secara random mengunakan peribahasa melayu yang ditulis oleh cikgu-cikgu.

Suasana aktiviti tersebut sangat meriah seperti hari raya yang telah tiba. Disambut dengan gelak ketawa. Aktiviti lakonan ini bukan sahaja menghibur mereka malah dapat memberi pengajaran daripada maksud peribahasa tersebut.

Ahad, 8:30p.m

Aktiviti Memanaskan Badan dan Senam Robik.

Pagi mereka dimulakan dengan sarapan. Seterusnya, mereka diminta berkumpul untuk memulakan aktiviti memanaskan badan dan senam robik. Senaman robik tersebut dikendalikan oleh Teacher Nana dan beberapa ADH princesses.

Lagu-lagu yang dipasang oleh para cikgu menarik minat mereka. Turut kedengaran suara mereka bersemangat menyanyikan lagu yang dipilih. Bak kata pepatah; “sambil menyelam, sambil minum air’.Sesuai dengan situasi ini mereka bersenam sambil menyanyi~

9:40p.m.

Bertolak ke AIR TERJUN LENGGENG!

Cikgu dan ADH princesses akhirnya bertolak ke Hutan Lipur Lenggeng untuk meneruskan aktiviti MANDI AIR TERJUN! Para cikgu menaiki kereta persendirian milik Cikgu Efa manakala, ADH princesses menaiki van yang dipandu oleh Encik Hafiz.

Setelah menempuhi satu jam 20 minit perjalanan, akhirnya mereka telah sampai ke destinasi. Kehadiran mereka disambut mesra oleh bunyi-bunyi alam semula jadi. Bermulalah aktiviti mereka iaitu MANDI AIR TERJUN.

Aktiviti mandi-manda tersebut tersangatlah meriah. Terserlah kegembiraan dalam teriakan suara mereka. Setelah sekian lama beraktiviti di sana, tibalah masa untuk mereka mengakhiri aktiviti mereka pada hari itu. ADH princesses membersihkan diri mereka lalu berkumpul untuk sesi pemulangan barang amanah (sebatang straw) dan ucapan penutup majlis daripada Teacher Nana dan Ustazah Syafiqah. Akhir sekali, mereka bertolak pulang ke Akedemi Darul Huffaz.

Sekian daripada kami berempat. Berjumpa pada pengembaraan yang seterusnya! <3

Leave your thought here

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Chat With Us!
Salam Sejahtera, boleh kami bantu anda?