Blog

ADH Newsletter Week #7

image-7
Newsletter

ADH Newsletter Week #7

ADH NEWSLETTER WEEK #7

Date: 19/3/2022

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Para pelajar dan ibu bapa yang dirahmati Allah SWT,

Sesi Persekolahan Tahun 2022/23 semakin hampir dan para pelajar akan meningkat tahun akademiknya. Ambillah peluang ini untuk membina azam dan target yang baharu. Sebaik-baik orang ialah yang dapat memperelokkan diri lebih baik dari hari yang lepas, serta konsisten.

Di ADH, telah dirancang berbagai aktiviti yang direka cipta untuk pembelajaran holistik para pelajar. Berita-berita ini akan diberitahu dari masa ke semasa. Oleh itu, nantikan newsletter-newsletter terkini ADH NewsWeek.

Terima kasih dan Sila Ambil Perhatian.


ADH NEWS!

PEMBUKAAN SESI PERSEKOLAHAN 2022/23

Adalah dimaklumkan bahawa Akademi Darul Huffaz (ADH) akan buka dan para pelajar perlu hadir (Termasuk Pelajar Baru dan Pelajar Lama) pada ketetapan berikut:

  • PELAJAR HARIAN
    Tarikh Buka : 21/3/2022 7:30AM ( Isnin )
  • PELAJAR ASRAMA
    Tarikh Buka : 20/3/2022 6:30PM ( Ahad )

MINGGU ORIENTASI SESI 2022/23

21/3/2022 ( ISNIN) – 22/3/2022 ( SELASA)

Tujuan Minggu Orientasi adalah untuk taklimat berkenaan Kurikulum, Kokurikulum, Kehidupan di Sekolah ADH serta lain maklumat penting, suai kenal antara murid dengan guru, dan aktiviti-aktiviti yang menarik. Jadual Minggu Orientasi secara lebih terperinci akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Pelajar-pelajar perlulah hadir pada Minggu Orientasi.

AWAL RAMADHAN

3 APRIL 2022

Bulan Ramadhan semakin tiba. Perubahan akan berlaku pada jadual harian pelajar untuk menyesuaikan dengan amalan puasa, Tarawih 20 Rakaat dan Qiamulail akan diwujudkan untuk menyambut kedatangan Bulan Ramadhan, serta beberapa aktiviti lain. Maklumat terperinci akan diberitahu lebih lanjut pada minggu hadapan.

TAKWIM PELAJAR 2022/23

Takwim Pelajar 2022/23 hampir siap dan dalam keadaan disemak. Takwim tersebut akan dikongsikan sekitar minggu ini.

ADH MODELS

Berminat untuk menjadi Model ADH? Pada masa terdekat, ADH akan melakukan beberapa projek marketing dan memerlukan peserta yang sedia untuk menjadi model beberapa pergambaran. Boleh hubungi Al-Hakeem untuk maklumat lanjut di talian +6019 332-3584.

PROJEK CERIA FASA 2

ADH Prefects’ Association akan melancarkan ‘Projek Ceria’ Fasa 2 dalam masa terdekat. Projek tersebut merupakan usaha ke arah menceriakan sekolah dengan sukarelawan dan kreativiti pelajar yang berniat membersihkan diri. Sumbangkanlah usaha dengan menyertai projek tersebut dan memberi nama kepada Al-Hakeem di talian +6019-332 3584.

ADH COUNSELING & WELLBEING

Adakah anda rasa kemurungan, kekeliruan, atau memerlukan seorang atau pihak ketiga untuk bercakap dan meluahkan perasaan? ADH telah mewujudkan fasiliti kaunseling di mana tujuannya adalah untuk meningkatkan status kesihatan mental, lagi-lagi di era globalisasi digital dan kesihatan mental menjadi isu yang agak besar. Tempahlah satu sesi melalui Al-Hakeem (+6019 332-3584), Teacher Syazana (+6013 657-3096) atau Cikgu Husna (+6011 1478-8391).

Kekosongan Intern diadakan bagi mana pelajar-pelajar senior yang berminat didedahkan dunia kaunseling. Beri nama anda kepada Al-Hakeem (+6019 332-3584).

ADH SCHOOL COOPERATIVE (KOPERASI)

‘School Cooperative’ atau lebih dikenali sebagai Koperasi, akan dibuka di ADH pada minggu hadapan. Pelajar-pelajar yang ingin memberi cadangan barangan jualan dialu-alukan kepada Al-Hakeem (+6019 332-3584). Kekosongan Intern juga diadakan untuk pelajar-pelajar yang berminat untuk berkhidmat dan didedahkan dalam dunia perniagaan. Beri nama anda kepada Al-Hakeem (+6019 332-3584).

PERPUSTAKAAN SEKOLAH

Fasiliti Perpustakaan Sekolah akan dibuka dalam masa terdekat untuk kegunaan Warga ADH. Kekosongan Intern juga diadakan untuk pelajar-pelajar yang berminat untuk berkhidmat. Beri nama anda kepada Al-Hakeem (+6019 332-3584).


CLUBS & SOCIETIES
Tekan Link ini untuk daftar!

ADH NewsWeek Club

Saksikan blog siaran terbaru ADH NewsWeek – Waterfall Trip Journey

Link: Tekan sini!

ADH NewsWeek membuka keahlian kepada 3 orang yang berminat dengan bidang kewartawanan. ADH NewsWeek juga akan dibahagi kepada 2 department sempena Sesi Tahun Baru ini: 1. JOURNAL BLOG 2. SOCIAL MEDIA. Beri nama anda kepada Al-Hakeem (+6019 332-3584) jika berminat.

ADH BILLIONAIRE SOCIETY

Berminat dengan permainan perdagangan? Sertailah ADH Billionaire Society dan belajarlah Perdagangan FOREX Patuh Syariah dengan Mentor yang berpengalaman berdagang selama 23 tahun. Kos yuran kemasukan dipotong 50% untuk Pelajar ADH dan kemasukan terhad kepada 20 slot sahaja. Pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Al-Hakeem (+6019 332-3584).

ADH QASIDAH

Pendaftaran Kelab Qasidah yang ditunggui sudah dibuka! Kami memerlukan komiti pelajar untuk melaksanakan aktiviti kelab dengan sebaiknya. Pendaftaran ahli dan komiti melalui Al-Hakeem.

ADH PREFECTS’ ASSOCIATION

ADH Prefects’ Association kini telah membuka pendaftaran ahli! Sumbangkanlah usaha dan idea untuk projek-projek yang akan dilakukan sebagai seorang pengawas! Pendaftaran ahli adalah melalui sesi temuduga dan terhad! Ambillah peluang ini untuk meluaskan kemahiran peribadi dan hubungilah Al-Hakeem untuk penyertaan.

ADH GERAKAN FIKIR HARIAN

Pendaftaran Gerakan Fikir Harian sudah dibuka. Kami memerlukan komiti pelajar untuk melaksanakan aktiviti kelab dengan sebaiknya. Pendaftaran ahli dan komiti melalui Al-Hakeem.

ADH KELAB BADMINTON

Pendaftaran Kelab Badminton yang ditunggui sudah dibuka! Kami memerlukan komiti pelajar untuk melaksanakan aktiviti kelab dengan sebaiknya. Pendaftaran ahli dan komiti melalui Al-Hakeem di talian.

ADH ARCHERY CLUB

ADH Archery Club membuka pendaftaran keahlian sekarang! Sertailah dengan memberi nama kepada Al-Hakeem.


TERIMA KASIH DAN HARAP MAKLUM!

Semoga Allah SWT memberkati dan menjayakan usaha-usaha kecil ini, In Syaa Allah!

Yang Benar,

Sheikh Lokman Shazly Dato Seri Azlanii Zaharin
Pengasas & Pengarah,
Akademi Darul Huffaz International Tahfiz & Science Academy
No Tel: 019 311-9991
Email: lokmanshazly@gmail.com

Leave your thought here

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Chat With Us!
Salam Sejahtera, boleh kami bantu anda?